Tuesday, March 31, 2009

Agrotek - program motivasi keluarga

Motivator Hj Hamzah Thambi telah ditugaskan memimpin sesi sebelah malam iaiitu motivasi keluarga. suasana pilu secara tidak sengaja terjadi bila menyentuh soal keiklasan dan kasih sayang antara setiap pasangan.














Sunday, March 29, 2009

Agritek - Majlis membaca surah Yaasin dan Tahlil

Sebelah malam pengisian rohani dimulai dengan solat maghrib dan Isyak berjamaah dan diselang dengan membaca surah Yaasin dan tahlil arwah. Program ini dan qiamullail pada paginya di pimpin oleh Ustaz Adnan. Bacaan AlQuraan tarannum telah di sampaikan oleh salah seorang bekas AJK AlHidayah yang juga Qari Bakit KL saudara Nordin Jusoh
















Agrotek - Acara padang

Acara padang seperti memancing atas darat, memasukkan gelung dan sebagainya di adakan sebelah petang. Kegembiraan jelas kelihatan kepada hadirin lebih-lebih lagi peserta.














Agrotek - Acara di dewan


Acara dewan bermula sebaik sahaja sesi taaruf selesai di adakan. Acara dimulai dengan pertandingan nasyid diikuti dengan pertandingan Selawat. Semua ahli keluarga mengambil bahagian.



















sambutan hari Keluarga AlHidyah di Agrotek Batu 14 kajang

Beginilah suasana keindahan dan kehijauan di Agrotek Resort dan Restoran yang menjadi lokasi hari keluarga Surau AlHidyah tahun ini, 2009. Sebenarnya lokasi pilihan tahun ini sangat dekat dengan KL namun disebabkan kesibukan jamaah AlHidyah, ada yang tidak sempat mengambil peluang santai seperti bersama keluarga masing-masing di tempat yang indah ini. Selain santai beberapa program telah di atur oleh AJK AlHidyah dengan sokongan BAKIT KL yang diketuai oleh Tuan Haji Abu, telah menafaatkan peluang persama keluarga dengan program-perogram berbentuk kekeluargaan. Antara acara
menarik yang diadakan ialah program motivasi keluarga yang dikendalikan oleh pakar motivasi TM sendiri yang telah bersara Hj Hamzah Thambi. Lain-lain progeam yang menarik seperti acara membaling gelung, memancing atas darat, memancing dalam kolam, mewarna untuk kanak-kanak dan lain-lain.


Kelihatan ialah foto kolam ikan yang disediakan di
sediakan.
Bagi kaki memancing peuang seperti ini pasti tidak akan dilepaskan. Hj Abu Hasan sendiri dalam beberapa minit dapat pancing beliau dapat menangkap beberapa ekor ikan seberat 2kg.