Thursday, September 17, 2009

Persaraan AJK Tuan Hj Li Mahmud

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan juga ingin memaklumkan esok adalah hari terakhir saya bersama Telekom Malaysia Hari Jumaat bersamaan 18/9/2009 .
Seperti biasanya , saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala percakapan, perlakuan serta mana-mana perkara yang mungkin telah menyentuh perasaan kawan-kawan semua. Segala kesalahan Tuan/Puan/saudara/saudari kepada saya, saya telah maafkan semuanya. Akhir sekali, saya doakan kawan-kawan semua sentiasa beroleh taufiq dan hidayah serta keredhaan dari Allah, kebahagian, kesejahteraan, kesihatan yang baik, umur yang panjang serta kejayaan di dunia dan juga di Akhirat.
Sambutlah Salam Perpisahan dari saya, dan jika dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi, InsyaAllah. Sempena syawal 1430 hijrah, saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI kapada semua rakan dan taulan .

Sekiranya tersalah silap MAAF ZAHIR DAN BATIN.
LI BIN MAHMOD.
H/P:013-3322964

Aktiviti AlHidayah

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Hidayah Tkt 9 ,TM Annexe 1 dan BAKIT KL insyaAllah akan menganjurkan beberapa Program bagi akhir tahun 2009, diantaranya :

(1) Ziarah Amal Ke Medan, Indonesia. Tarikh : 3 – 6/10/09. Yuran penyertaan - RM 890.00. Tarikh tutup : 17/9/09. Masih terdapat 4 tempat kosong.
(2) Ziarah Aidilfitri Muallaf Cina ke P.Ketam, Selangor. Tarikh : 10/10/09. Yuran penyertaan - RM 30.00. Tarikh tutup 08/10/09.
(3) Bersama Menyambut AidilAdha di Kemboja. Tarikh : 25 - 29/11/09. Yuran penyertaan - RM 1,570.00. Tarikh tutup 28/10/09.
(4) Ziarah Amal ke Medan, Indonesia. Tarikh 5 - 8/12/09. Yuran penyertaan - RM 988.00. Tarikh tutup 2/11/09.
(5) Ziarah Amal ke Bandong, Indonesia -18 - 21/12/09. Yuran penyertaan – RM 1,390.00. Tarikh tutup 2/11/09.

Deposit 50% setiap program, pembayaran atas nama BIMB Surau Al-Hidayah akaun 14180010002946.
Penyertaan bersama keluarga juga amat dialu-alukan

Monday, September 14, 2009

ALHidayah berbakti di pendalaman

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa bersama Orang Asli Semai di pendalaman Kg.Jentil Kuala Lipis,serta ziarah amal telah berlangsung dengan jayanya pada 11/9/09-13/9/09 (Jumaat malam –petang Ahad).

Program bersama Bakit KL ,Surau Al-Hidayah, ASDAF, NGO seramai 25 orang dengan 7 kenderaan didarat dan 7 bot di Sungai.

Alhamdulillah kemesraan terjalin dengan sama sama bergotong royong memasak untuk berbuka, tahlil, tarawikh sebagai memenuhi tuntutan Ramadhan. Pengagihan pakaian terpakai dari penyumbang anggota TM (terima kasih diucapkan), ubat ubatan, telekong, kain pelikat, kain batik dan sedikit sumbangan dana untuk 4 kampong membuat juadah beraya menjelang Aidilfitri 2009 nanti. Kami juga sempat berbakti kepada 2 anak kembar En.Malik mengidap penyakit jantuing berlubang dan pasangan yang telah 3 hari demam –dihantar ke klinik Koyan oleh Tuan Hj Junet.

Dalam ucapan balas oleh wakil penduduk selepas Kuliah Subuh -En.Alang bin Tok Batin Bilin menegaskan akan bermatian mempertahankan kusucian agama Islam dari dicerobohi oleh Dakyah Kristian dengan memastikan tegaknya Solat 5 waktu disurau nya.Beliau terharu atas kunjungan kita ..terubat hati penduduk kampong katanya ..jengok jengoklah selalu dengan injek keugamaan supaya mantap akidah mereka.

Akhirkata sedikit sorotan gambar kenangan dan program selanjutnya bersama Masyarakat Muallaf Masyarakat Cina pula di Pulau Ketam pada 10/10/09 (Sabtu)….sesiapa yang berminat ,sila berikan nama kepada saya.



































Monday, September 7, 2009

AlHidayah meraikan anak-anak yatim

Tanggal 4 September 2009 bersamaan 14Ramadhan 1430H telah diadakan majlis berbuka puasa di surau AlHidayah dengan jemputan khas anak-anak yatim dari Puchong, Selangor. Majlis telah diserikan oleh persembahan ringkas kanak-kanak Majlis seperti ini di adakan setiap tehun sebagai amal bakti sumbangan jamaah surau AlHidayah TM annexe1 sempena bulan yang penuh berkat Ramadhan AlMubarak

Tuan Hj Abu Hassan menyampaikan sumbangan jamaah Surau AlHidayah kepada anak-anak yatim






Menunggu sampainya waktu berbuka.




AJK turut sama meraikan tetamu tyang dijemput khas oleh pihak surau AlHidayah