Monday, October 19, 2009

Friday, October 16, 2009

Selamat bersara kepada pengerusi ALHidayah

Hari ini 16 October 2009 adalah hari terakhir Tuan Haji Abu Hassan Abdul Rashid berada dalam TM, dan kesempatan ini AJK surau mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas sumbangan Tuan haji Abu Hassan terhadap kemakmuran Surau AlHidayah sehingga ini. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar terhadap pembangunan surau bermula dari usaha mendapatkan lokasi sehingga kepada keadaan yang ada sekarang. Beliau dibantu oleh SU Tuan Haji Azmi serta AJK lain telah berusaha dengan gigih bagi memastikan para jamaah TM Annexe1 dapat beribadat dengan selesa.

Monday, October 12, 2009

AlHidyah dan BAKIT berbakti di Pulau Ketam








































Alhamdulillah , Program kita bersama seramai 37 peserta ,ziarah muallaf P.Ketam Sabtu 10.10.09 berjaya dengan misi iratkan tali silaturrahim diantara kita dengan penduduk Islam setempat (juga Ketua Kampong yang belum islam),disamping ukhuwah sesama kita terjalin erat,jika membawa keluarga terasa ikatannya bertambah rapat walaupun terpaksa melayan kerenah anak anak,terlihat kerjasama,bantu membantu serta tolong menolong diantara kita.Tahlil ,Selawat ,Solat Berjamaah ,sumbangan untuk muallaf dan Balai Islam ,Makanan Sup Ketam di Pulau Ketam serta “Cintan Chinese style” bersama penduduk menyuburkan Rohani dan jasmani.

Justeru masa yang singkat ditangguhkan dulu program ini-perlu diteruskan misi ini ke Pulau Lima –hanya seorang Islam Warga Tua Puan Fatimah Ng…juga kedapatan ramai Orang Asli Suku Temuan ada yang berminat kepada islam -di Sungai Dua..perlu ziarah susulan (hubungi Ust.Amin Lum)…dari Surau atau Bakit KL/ Bakit Selangor/Helwa.

Kita berpeluang menziarahi rumah mereka,sangkar ikan Salleh Kau dan dapat membawa pulang Ikan Merah segar ( Dah dimasak ke?)…ramai dapat merasa menjadi kaptan bot dalam pelayaran tersebut…susah nak meyelami pengalaman sebegini.

Sebelum terlambat jawapan 2 soalan teka teki yang tertangguh tersebut adalah : Nak tau yang mana 3 cara perempuan yang makan ais cream berbeza, yang telah berkahwin ….sebenarnya kena lihat dijari mereka –Yang memakai cincin kahwin itulah jawapan nya. (2) Perbezaan ketara jatuh dari pokok kelapa dengan jatuh kedalam perigi adalah –jatuh pokok kelapa kena naik dulu baru jatuh tapi jatuh kedalam perigi –jatuh dulu baru naik…”ada bangkangan”

Jutaan terima kasih kepada Bakit Helwa menyumbangkan Telekong dan RM 250.00 , juga Bakit KL melalui Mejar Azmi TYDP menyumbangkan RM 500.00 …selebihnya ditanggung oleh Surau Al-Hidayah dan peserta.

Kesempatan disini saya memohon jari sepuluh ,memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan ,kelemahan ,terkasar bahasa atau keterlaluan cara semasa pengendalian aktiviti ini sebelum berkhidmat terakhir di TM pada Jumaat ini 16/10/09.

InsyaAllah Program ziarah Korban dan beraya di Kemboja pada 25/11/09-29/11/09 melalui Al-Ameen (tiket ambil sendiri Air Asia–sementara Penginapan,transport,makan serta sumbangan pendidikan Kemboja dicajkan sebanyak RM 700.00 sahaja seorang)

2) Ziarah amal ke Pasentren di Jakarta-Puncak -Bandong pada 3/12-6/12/09 ( Khamis-Ahad) ..RM 1,190.00