Thursday, November 27, 2008

Doa untuk anak Tuan Haji Abu Hasan

Hari ini Khamis 27 November 2008 merupakan hari yang mendebarkan keluarga Hj Abu Hassan dimana anak perempuan beliau akan menjalani pembedahan jantung berlubang di IJN. Dari itu marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pembedahan ini dan semoga anak perempuan beliau kembali sihat sejahtera. Selepas Solat Zohor semalam pihak Surau Menara TM telah mengadakan solat hajat dengan tujuan yang sama. Semoga Allah qabulkan doa dari kawan-kawan seperjuangan InsyaAllah.

Monday, November 24, 2008

Ceramah Perdana Sheikh Yusuf Estes


Assalamualaikum Wrbt dan Selamat Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ceramah Perdana Yusuf Estes yang akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 28 November 2008 bersamaan 30 Zulqa’dah 1429H ( Jumaat )
Masa : 8:00 – 10:00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tajuk Ceramah : “Faith, Science & Common Sense“


Masuk adalah percuma.

Yusuf Estes PhD. (Lahir 1944), adalah seorang rakyat Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam dan merupakan Pengerusi kepada "The Muslim Foundation International", sebuah organisasi yang komited menjalankan usaha dakwah dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan dan ahli kepada “Disciples of Christ” dan dikenali sebagai "Skip Estes".

Pada tahun 1962 hingga 1990, beliau mempunyai pelbagai karier seperti menjadi Menteri Muzik, “Preacher” dan mempunyai Syarikat “Estes Piano & Organ”. Beliau tinggal di Texas dan Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, Yusuf Estes telah berurusniaga dengan seorang usahawan Mesir yang bernama Muhammad. Beliau belajar mengenai Islam secara terus dan memeluk Islam pada tahun yang sama bersama isteri, bapa dan ibu tirinya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Mesir, Maghribi dan Turki.
Pada tahun 2006, Yusuf Estes selalu muncul di Peace TV, yang merupakan saluran Islam 24/7 yang disiarkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan untuk menambahkan lagi ilmu mengenai Islam, insya Allah.


Sekian. Terima kasih.


Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat

Jimatkan kos telefon dengan iTalk







Tidak mengejutkan jika dikatakan ramai kakitangan TM tidah tahu faedah penjimatan iTalk. iTalk amat menjimatkan walaupun proses membuat panggilan cuma susah sikit dari cara biasa iaitu kena dail 1-800-87-3535 bagi fix line atau dail 1-800-87-3636 bagi pengguna mobile. Tindakan seterusnya cuma memasukkan no destinasi dan tekan "#" sahaja dan unggu panggilan dijawab. Penjimatan, InsyAllah berbaloi, cuba lah. iTalk boleh dibeli dengan harga RM10, RM30, dan RM50. Jika perlu membuat panggilan ke luar negara lagi jimat. Perlu di ingat caj iTalk melangkaui sempadan negeri. 12sen seminit adalah panggilan yang dibuat ke mana-mana sahaja dalam Malaysia...jimat kan?. Susah nak beli?, tak susah dimana-mana sahaja ada dijual. Selamat mencuba.

Fatwa: Ambil tindakan kepada mereka yang mempertikai keputusan Majlis Fatwa

Oleh HERMAN HAMID Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.
Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.
Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertindak menggunakan undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan diambil ke atas mereka yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam.
‘‘Undang-undang telah ada dan bagi PGSM, kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani keresahan umat Islam setelah melihat institusi fatwa dicabar lebih-lebih lagi oleh umat Islam sendiri.
‘‘Selama ini undang-undang telah ada tetapi jarang kita dengar ada pendakwaan diambil tetapi kali ini saya harap demi kesucian agama, ia tidak lagi dibiarkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.
Amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Susulan daripada itu, beberapa laporan akhbar antaranya memetik pandangan NGO dilihat seakan mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan apabila meminta badan itu supaya memberi fokus kepada isu lain yang lebih serius dan bukannya yoga yang hanya satu jenis senaman.
Bagi NGO tersebut, amalan yoga yang disifatkan mereka sebagai senaman menyihatkan tidak pernah menyebabkan pengamalnya menukar agama daripada Islam kepada Hindu atau mengancam kedudukan Islam.
Sebelum ini, dua NGO turut dilaporkan mempertikaikan secara terbuka fatwa pengharaman pengkid.
Sementara itu, Zainul Rijal berkata, di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, sesiapa yang ingkar kepada fatwa yang diwartakan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda RM5,000.
Kata beliau, mengikut seksyen 298A Kanun Keseksaan pula iaitu kesalahan menghina agama, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak kurang dua tahun serta denda dan ini terpakai untuk bukan Islam.
‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Setiap fatwa adalah untuk menyelamatkan orang Islam daripada tergelincir akidah atau amalan jadi jangan pula ada yang mencabar dan mengingkari termasuk bersubahat seperti menganjurkan kelas yoga,’’ jelasnya.
Menurut Zainul Rijal, sehubungan itu PGSM berharap semua kerajaan negeri segera mewartakan fatwa itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
‘‘Selagi tidak diwartakan, tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Jadi PGSM mendesak pewartaan fatwa ini disegerakan bagi memelihara kedudukan agama Islam.
‘‘Lagipun saya tidak nampak mengapa proses mewartakan fatwa ini perlu dilengah-lengahkan kerana ia tidak melibatkan prosedur panjang. Jadi soalnya antara mahu dengan tidak sahaja,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, pihak yang masih tidak berpuas hati boleh mengemukakan pandangan secara terus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dengan meminta ia disemak semula tetapi mestilah berasaskan hujah pakar.
Katanya, dengan itu barulah ia tidak menimbulkan keresahan umat Islam berbanding dengan mengemukakan pandangan secara terbuka seperti dilakukan sekarang.
Menurutnya, Majlis Fatwa masih boleh menyemak semula fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan memang pun ada fatwa yang telah disemak semula sebelum ini.

Friday, November 21, 2008

Renungan hari Jumaat - Islam Jadikan Manusia Lebih Bertamadun


Ghafani bin Awang Teh; Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid, JAKIM (Petikan Berita Harian)
KETUA paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja Anglickan Britain, Dr Rowan Williams dalam satu syarahan kepada pemimpin gereja di Royal Court of Justice, London pada 7 Februari lalu menyatakan sebahagian undang-undang syariah boleh disesuaikan dalam sistem undang-undang Britain pada masa akan datang tidak dapat dielakkan. Walaupun pandangan pemimpin gereja itu dikritik hebat, ketua paderi itu dengan tegas mempertahankan pendapatnya. Kenyataan beliau mendapat liputan media meluas di seluruh dunia.
Persoalan besar timbul ialah mengapa ketua paderi itu berani membuat kenyataan terbuka walaupun menyedari risiko besar mengenai kedudukan jawatannya. Kita percaya ketua paderi itu membuat kenyataan berani kerana beliau sudah membuat kajian teliti kelebihan undang-undang syariah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bertamadun.
Ahli sejarah British, Thomas Arnold, dalam buku The Call to Islam menyatakan kehadiran Islam di tengah masyarakat Arab pada suasana jahiliah bukan sekadar menggantikan budaya tradisi masyarakat Arab yang liar, tetapi membawa revolusi yang utuh dan sempurna bagi mewujudkan kehidupan kemanusiaan sempurna.
Pandangan tokoh cendekiawan Barat mengesahkan penjelasan al-Quran bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang sahih dan sempurna dan pada diri Muhammad itu teladan yang baik untuk diikuti manusia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Sirah ali-Imran, ayat 19) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Penghayatan akhlak Rasulullah SAW adalah berlandaskan al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat mulia serta bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW menterjemahkan pengajaran al-Quran melalui sunnahnya. Sunnah atau hadis itu menjadi sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran. Sunnah itu merangkumi perbuatan, ucapan dan pengakuan Rasulullah SAW ketika menjelaskan dasar dan pelaksanaan meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan manusia.
Allah menegaskan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan ajaran Islam bukanlah dengan mengikut hawa nafsu atau pendapatnya sendiri, tetapi berlandaskan panduan wahyu.
Kekuatan sunnah Rasulullah SAW terletak pada dakwah bilhal (dakwah melalui keindahan peribadi dan tingkah laku) yang menjadi penggerak utama dan paling berkesan ketika berdakwah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Gerakan dakwah bilhal inilah menghasilkan revolusi aqidah, sosial dan politik dalam masyarakat Arab jahiliah. Bagaimanapun, revolusi akidah menjadi unsur penting menjadikan ummah lebih bertamadun kerana mengikat umatnya bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Kejayaan Rasulullah SAW mengubah keseluruhan reka bentuk akidah jahiliah kepada akidah yang sahih dalam masyarakat Quraisy tanpa menggunakan kekuatan senjata dalam masa 13 tahun adalah satu keajaiban.
Berdasarkan analisis, teknik yang digunakan Rasulullah SAW ialah menggunakan pendekatan membina insan, pemikiran dan disertai dengan akhlak yang hebat. Ketika ini ada persaingan sengit antara Islam dengan pemikiran orientalis dalam percaturan mengubah reka bentuk tamadun dunia.
Tamadun Barat lebih menekankan pencapaian kemajuan kebendaan dengan bebas tanpa ada hukum halal dan haram. Peranan Tuhan dalam kehidupan mereka semakin dipinggirkan. Sebaliknya, lebih mempercayai kepada ahli falsafah atau orientalis berbanding pegangan kitab suci mereka.
Berdasarkan pemerhatian, walaupun Rasulullah SAW wafat pada 1429 Hijrah, tetapi pengaruh Baginda digeruni dan menghantui banyak pihak. Musuh Islam terus mengadakan kempen memburuk-burukkan Rasulullah SAW tanpa henti yang kelihatan mereka hilang kewarasan.
Bagi umat Islam kesegaran amalan sunnah dalam kehidupan memberi gambaran seolah-olah Rasulullah SAW masih hidup segar, terus memberi inspirasi kepada penegak Islam memperhebatkan tamadun manusia sejagat.
Ketika ini Barat memperkenalkan pelbagai konsep ideologi global seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, sekularisme, modenisme, liberalisme, pluralisme dan Islam Liberal yang semuanya cenderung ke arah menyeru manusia supaya menyisihkan Tuhan.
Sebahagian ideologi sesat ini yang muncul silih berganti sudah usang dan pupus ditelan zaman. Bagaimanapun, prinsip tamadun Islam terus kekal segar dalam keasliannya. Inilah kehebatan agama dan aqidah yang sahih.
Pada dasarnya pertembungan tamadun Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dengan tamadun lain memang tidak dapat dielakkan. Pertembungan itu adalah kesinambungan pertembungan Nabi Adam AS dengan iblis.
Nabi Adam AS mewakili kumpulan penganut agama sahih. Manakala Iblis pula mewakili puak yang menentang syariat Allah dan puak yang menyisihkan Tuhan.
Hakikatnya, proses mentamadunkan ummah lebih cepat dan menjadi realiti apabila wujud persefahaman antara ketua organisasi dengan orang bawahan. Jika tindak tanduk pemimpin sendiri tidak bertamadun, dan gagal menghayati nilai peradaban yang murni, maka matlamat melahirkan umat bertamadun kurang berjaya.
Dengan demikian. setiap pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga, dan ibu bapa hendaklah mempamerkan gaya hidup bertamadun untuk dijadikan ikutan orang bawahan atau orang yang dipimpinnya.
Sempena Maulidur Rasul dan sebagai usaha memperkukuhkan ajaran Rasulullah SAW, maka marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya ( selagi kamu berpegang teguh kedua-duanya) iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Muslim).
Penulis adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

C.O.O.L

Rakan-rakan sekalian, Kempen COOL! : Turun Padang 2 kini telah memasuki hari ke-4. Sehingga kini sebanyak 17 sesi yang melibatkan 2,000 anggota telah diadakan dan banyak lagi sesi di negeri-negeri/anak syarikat akan bermula dalam masa sehari dua ini. Kepada anda yang telah menghadiri sesi taklimat tersebut, anda tentunya telah menerima satu poster/sticker seperti yang anda lihat di sini, dan anda mungkin tertanya-tanya apa perlu dibuat dengannya. Poster ini menampilkan empat tema PIP v2.0 dalam bentuk visual yang menarik. Kita semua digalakkan agar menampal poster ini di ruang bekerja kita agar kita dapat menghayatinya dalam kerja seharian kita. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dato’ Zam semasa sesi Jom Bersama baru-baru ini, “Kini, apa sahaja yang kita lakukan dalam kerja kita mestilah selaras dengan satu atau lebih daripada tema-tema ini.” Kami akan kembali dengan lebih banyak lagi perkembangan terkini. Sementara itu, marilah kita COOL dan berikan penglibatan 100%

Komunikasi Korporat KumpulanTelekom Malaysia Berhad

Thursday, November 20, 2008

Gagak pun pandai hormati azan

MELAKA: “Burung ini memang lincah dan sering buat bising, tetapi yang anehnya setiap kali azan berkumandang ia tiba-tiba saja diam seolah-olah ada sesuatu yang difahaminya,” kata seorang lelaki dari Batu Berendam, dekat sini, mengenai burung gagak putih yang ditemui rakannya dua minggu lalu.Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Saiful, 25, berkata, burung gagak putih itu diberi seorang rakannya bernama Eddy yang menjumpainya di tepi jalan di Taman Merdeka kira-kira dua minggu lalu.Menurutnya, semasa dijumpai, rakannya mendakwa ternampak burung gagak putih itu sedang dikerumuni sekumpulan gagak hitam.Katanya, oleh kerana ingin mengetahui apa yang dikerumuni gagak hitam berkenaan, rakannya itu mendekati kumpulan gagak hitam terbabit dan mendapati seekor burung gagak pelik kerana berwarna putih sedang dihurungi semut selain berkeadaan lemah.
Katanya, disebabkan kasihan, rakannya terus mengambil burung berkenaan dan membawanya pulang untuk dipelihara.
“Bagaimanapun, selepas beberapa hari, rakan saya itu menghubunginya dan meminta saya memelihara burung berkenaan dengan alasan tiada masa untuk memberi makan dan saya bersetuju,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Sementara itu, Saiful berkata, semakin burung berkenaan membesar, warna bulunya menjadi semakin keputihan dan paruhnya pula berwarna merah jambu.Katanya, dia sudah bertanyakan beberapa orang termasuk menghubungi pihak Zoo Melaka untuk memastikan apakah jenis burung yang dijumpai rakannya itu dan mereka memberitahunya ia burung gagak putih yang jarang ditemui.Menurutnya, pihak Zoo Melaka turut mendakwa ia berkemungkinan sejenis spesies burung gagak albino yang memang sukar ditemui.“Sebelum ini, memang ada orang yang mengetahui burung berkenaan berminat membelinya, tetapi saya tidak mahu menjualnya kerana bimbang ia akan disalahgunakan untuk tujuan tertentu.“Sekiranya pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau pihak zoo mahu mengambilnya saya lebih rela memberi kerana sekurang-kurangnya ia boleh dibela dengan sempurna malah saya juga berpeluang melihatnya pada bila-bila masa,” katanya.Saiful berkata, spesies unggas seperti itu yang sangat jarang ditemui sememangnya menarik perhatian sesetengah orang untuk memperolehnya (Harian Metro)

Expidisi BAKIT

Semasa aktiviti memancing dan berkayak.BAKIT Kuala Lumpur (KL) dengan kerjasama BAKIT PUSAT telah mengadakan ekspedisi ke Tasik Kenyir, Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober yang lalu. Seramai 38 peserta telah mengikuti ekspedisi selama 3 hari 2 malam yang disertai juga ahli keluarga masing-masing. Ekspedisi tersebut telah diketuai oleh YDP BAKIT KL, Hj Abu Hassan Hj Abd Abd Rashid. Selain aktiviti memancing dan berkayak, mereka juga dapat menghayati keindahan alam semulajadi. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Qiamullail, Solat Tasbih, zikir munajat, Selawat Badriah, Kuiz agama, hafalan doa, halqah Al-Quran, teka-teki, aktiviti team-building serta pertandingan kayak dan berenang. Bantuan sebanyak RM 500 kepada Persatuan Nelayan Tasik Kenyir telah disampaikan oleh YDP BAKIT KL.

Wednesday, November 19, 2008

Respons Tuan Hj Abu Hassan

Assalamualaikum w.r.t
Tuan/Puan

Alhamdulillah , Surau Al-Hidayah dapat bernafas dengan aktiviti sehingga kini ,salah satu nya dengan adanya bantuan dana dari Bakit KL , contohnya subsidi untuk Bengkel Tarannum ini.Justeru itu disarankan agar semua AJK & Wakil Tingkat yang belum menjadi ahli segera berbuat demikian.

Diantara faedah saguhati kemasukan wad , kematian…program Bakit di beri keutamaan disamping faedah tak ketara dengan ceramah ,kuliah ,perayaan bulan kebesaran islam , sumbangan derma surau kepada fisabillillah , fakir ,anak Yatim dll ,insyaAllah Saham Akhirat ahli sentiasa bertambah .

2) Pihak Bakit akan menghantar memo ( setelah diamond dimana perlu) berkaitan pakaian Hari Jumaat khasnya yang menjolok mata ! – Ada apa apa komen ? dari AJK

Sekian,terima kasih

Wassallam.
Hj Abu Hassan

Menuju tahun baru 2009


Tahun 2008 menghampiri penghujungnya, akan digantikan dengan tahun baru 2009. Pertambahan tahun bermakna semakin sedidkit umur kita dan jika kita gagal muhasabah diri bermakna umur yang kita miliki gagal memberi manfaat kepada kita. Dalam jangka masa sejak mula Alhidayah dibuka kepada jamaah, telah banyak aktiviti yang di adakan untuk kemudahan para jamaah memperbaiki diri dan iman. Harapan para AJK yang menerima amanah supaya para jamaah dapat memanafaatkan ruang yang ada demi memartabatkan iman yang boleh memberi kebahagiaan kepada kita dunia akhirat.