Ghafani bin Awang Teh; Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid, JAKIM (Petikan Berita Harian)
KETUA paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja Anglickan Britain, Dr Rowan Williams dalam satu syarahan kepada pemimpin gereja di Royal Court of Justice, London pada 7 Februari lalu menyatakan sebahagian undang-undang syariah boleh disesuaikan dalam sistem undang-undang Britain pada masa akan datang tidak dapat dielakkan. Walaupun pandangan pemimpin gereja itu dikritik hebat, ketua paderi itu dengan tegas mempertahankan pendapatnya. Kenyataan beliau mendapat liputan media meluas di seluruh dunia.
Persoalan besar timbul ialah mengapa ketua paderi itu berani membuat kenyataan terbuka walaupun menyedari risiko besar mengenai kedudukan jawatannya. Kita percaya ketua paderi itu membuat kenyataan berani kerana beliau sudah membuat kajian teliti kelebihan undang-undang syariah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bertamadun.
Ahli sejarah British, Thomas Arnold, dalam buku The Call to Islam menyatakan kehadiran Islam di tengah masyarakat Arab pada suasana jahiliah bukan sekadar menggantikan budaya tradisi masyarakat Arab yang liar, tetapi membawa revolusi yang utuh dan sempurna bagi mewujudkan kehidupan kemanusiaan sempurna.
Pandangan tokoh cendekiawan Barat mengesahkan penjelasan al-Quran bahawa sesungguhnya Islam adalah agama yang sahih dan sempurna dan pada diri Muhammad itu teladan yang baik untuk diikuti manusia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Sirah ali-Imran, ayat 19) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Penghayatan akhlak Rasulullah SAW adalah berlandaskan al-Quran dan menjadi sumber untuk menjadikan ummah lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat mulia serta bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW menterjemahkan pengajaran al-Quran melalui sunnahnya. Sunnah atau hadis itu menjadi sumber rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran. Sunnah itu merangkumi perbuatan, ucapan dan pengakuan Rasulullah SAW ketika menjelaskan dasar dan pelaksanaan meliputi pelbagai isu berkaitan kehidupan manusia.
Allah menegaskan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan ajaran Islam bukanlah dengan mengikut hawa nafsu atau pendapatnya sendiri, tetapi berlandaskan panduan wahyu.
Kekuatan sunnah Rasulullah SAW terletak pada dakwah bilhal (dakwah melalui keindahan peribadi dan tingkah laku) yang menjadi penggerak utama dan paling berkesan ketika berdakwah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Gerakan dakwah bilhal inilah menghasilkan revolusi aqidah, sosial dan politik dalam masyarakat Arab jahiliah. Bagaimanapun, revolusi akidah menjadi unsur penting menjadikan ummah lebih bertamadun kerana mengikat umatnya bertanggungjawab kepada Allah di dunia dan akhirat.
Kejayaan Rasulullah SAW mengubah keseluruhan reka bentuk akidah jahiliah kepada akidah yang sahih dalam masyarakat Quraisy tanpa menggunakan kekuatan senjata dalam masa 13 tahun adalah satu keajaiban.
Berdasarkan analisis, teknik yang digunakan Rasulullah SAW ialah menggunakan pendekatan membina insan, pemikiran dan disertai dengan akhlak yang hebat. Ketika ini ada persaingan sengit antara Islam dengan pemikiran orientalis dalam percaturan mengubah reka bentuk tamadun dunia.
Tamadun Barat lebih menekankan pencapaian kemajuan kebendaan dengan bebas tanpa ada hukum halal dan haram. Peranan Tuhan dalam kehidupan mereka semakin dipinggirkan. Sebaliknya, lebih mempercayai kepada ahli falsafah atau orientalis berbanding pegangan kitab suci mereka.
Berdasarkan pemerhatian, walaupun Rasulullah SAW wafat pada 1429 Hijrah, tetapi pengaruh Baginda digeruni dan menghantui banyak pihak. Musuh Islam terus mengadakan kempen memburuk-burukkan Rasulullah SAW tanpa henti yang kelihatan mereka hilang kewarasan.
Bagi umat Islam kesegaran amalan sunnah dalam kehidupan memberi gambaran seolah-olah Rasulullah SAW masih hidup segar, terus memberi inspirasi kepada penegak Islam memperhebatkan tamadun manusia sejagat.
Ketika ini Barat memperkenalkan pelbagai konsep ideologi global seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, sekularisme, modenisme, liberalisme, pluralisme dan Islam Liberal yang semuanya cenderung ke arah menyeru manusia supaya menyisihkan Tuhan.
Sebahagian ideologi sesat ini yang muncul silih berganti sudah usang dan pupus ditelan zaman. Bagaimanapun, prinsip tamadun Islam terus kekal segar dalam keasliannya. Inilah kehebatan agama dan aqidah yang sahih.
Pada dasarnya pertembungan tamadun Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dengan tamadun lain memang tidak dapat dielakkan. Pertembungan itu adalah kesinambungan pertembungan Nabi Adam AS dengan iblis.
Nabi Adam AS mewakili kumpulan penganut agama sahih. Manakala Iblis pula mewakili puak yang menentang syariat Allah dan puak yang menyisihkan Tuhan.
Hakikatnya, proses mentamadunkan ummah lebih cepat dan menjadi realiti apabila wujud persefahaman antara ketua organisasi dengan orang bawahan. Jika tindak tanduk pemimpin sendiri tidak bertamadun, dan gagal menghayati nilai peradaban yang murni, maka matlamat melahirkan umat bertamadun kurang berjaya.
Dengan demikian. setiap pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga, dan ibu bapa hendaklah mempamerkan gaya hidup bertamadun untuk dijadikan ikutan orang bawahan atau orang yang dipimpinnya.
Sempena Maulidur Rasul dan sebagai usaha memperkukuhkan ajaran Rasulullah SAW, maka marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya ( selagi kamu berpegang teguh kedua-duanya) iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Muslim).
Penulis adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:
Post a Comment