Wednesday, January 21, 2009

Pembahagian Surah Yaasin

Pembahagian Surah Yaasin yang berbaki dari Majlis Sambutan Maal Hijrah Bakit KL-16/1-09 ) telah disempurnakan oleh Tuan haji Abu Hassan, Pengerusi Penaja Surau AlHidayah bertempat di Surau Al-Hidayah jam 3:00 petang 20/1/09 (Selasa) yang lalu

Pembahagian telah di terima oleh En.Kawangid Sujak – 50 naskah mewakili Masjid Alawabin, Batang Berjuntai , En. Azhar Md Desa 25 naskah mewakili Surau Al-HIdayah AU 3 Keramat, dan en. Mohd Rosmi Abu Bakar 25 buah naskah mewakili Surau An-Nur Taman Pelangi, Semenyih.


Tuesday, January 13, 2009

Kakitangan TM memang peiihatin - Terima kasih

Asalamualaikum wbrkth.

Salam sejahtera kepada Muslimin/Muslimat
Warga TM yang dihormati.

TERIMA KASIH SEMUA.

Adalah dimaklumkan jumlah kutipan tabung Jihad Palestin yang telah dilancarkan sebelum solat Jumaat @ 9 Januari 2009 di Surau Menara Menara TM tadi, telah terkumpul sebanyak RM16,241.00 ( Enam Belas Ribu, Dua Ratus Empat Puluh Satu Sahaja)

Keikhlasan tuan-tuan membantu rakyat Islam di Palestin ini membuktikan bahawa kuatnya pertambatan ukwah Islamiyah diantara warga TM dengan umat Islam dinegara tersebut terjalin erat. Terima kasih juga atas kesudian bersama sama bersolat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin yang menderita disana.

Untuk makluman, semua wang tersebut telah pun kami hantar sebentar tadi, ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memanjangkan kepada kedutaan Palestin.

Saya bagi pihak pengurusan Surau Menara TM dan juga Bakit Pusat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kemurahan tuan puan menginfakkan wang ringgit yang disayangi kepada mereka mereka yang memerlukan. Keupayaan mengumpul jumlah tersebut dalam tempoh satu jam adalah menunjukkan betapa pemurahnya warga muslim TM. Semoga ianya menjadi amalan berpahala dan hanya kepada Allah SWT jua yang mampu membalas keprihatinan tuan puan sekalian.

" Tiga amalan yang berkekalan mengikut simati, ialah IlmuNya, Sedekah Jariahnya dan anak anak yang Soleh. "........ yang lain ditinggal pergi.


Wassalam.


USTAZ HJ MOHD ZAKUAN BIN HJ TAK Penolong Pengurus Hal Ehwal Islam

Sambutan Maal-Hijrah BAKIT

BAKIT KL akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 khususnya untuk ahli BAKIT KL dan juga terbuka kepada anggota TM.
Berikut adalah aturcara program :
1- Program : Bacaan Yaa-Sin, Tahlil dan doa
2- Lokasi : Dewan Serbaguna Menara TM
3- Masa : 10.00 pagi – 12.00 th
4- Tarikh :19 Muharram bersamaan 16 Januari 2009 ( Jumaat )

Aturcara majlis :
1- Bacaan Yaa-Sin, Tahlil dan Doa
2- Tazkirah ringkas ( En. Mohd Zainal Badri Mustafar – Tkt. 13 Menara TM )
3- Makan tengahari (secara bungkus)

Thursday, November 27, 2008

Doa untuk anak Tuan Haji Abu Hasan

Hari ini Khamis 27 November 2008 merupakan hari yang mendebarkan keluarga Hj Abu Hassan dimana anak perempuan beliau akan menjalani pembedahan jantung berlubang di IJN. Dari itu marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pembedahan ini dan semoga anak perempuan beliau kembali sihat sejahtera. Selepas Solat Zohor semalam pihak Surau Menara TM telah mengadakan solat hajat dengan tujuan yang sama. Semoga Allah qabulkan doa dari kawan-kawan seperjuangan InsyaAllah.

Monday, November 24, 2008

Ceramah Perdana Sheikh Yusuf Estes


Assalamualaikum Wrbt dan Selamat Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ceramah Perdana Yusuf Estes yang akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 28 November 2008 bersamaan 30 Zulqa’dah 1429H ( Jumaat )
Masa : 8:00 – 10:00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
Tajuk Ceramah : “Faith, Science & Common Sense“


Masuk adalah percuma.

Yusuf Estes PhD. (Lahir 1944), adalah seorang rakyat Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam dan merupakan Pengerusi kepada "The Muslim Foundation International", sebuah organisasi yang komited menjalankan usaha dakwah dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan dan ahli kepada “Disciples of Christ” dan dikenali sebagai "Skip Estes".

Pada tahun 1962 hingga 1990, beliau mempunyai pelbagai karier seperti menjadi Menteri Muzik, “Preacher” dan mempunyai Syarikat “Estes Piano & Organ”. Beliau tinggal di Texas dan Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, Yusuf Estes telah berurusniaga dengan seorang usahawan Mesir yang bernama Muhammad. Beliau belajar mengenai Islam secara terus dan memeluk Islam pada tahun yang sama bersama isteri, bapa dan ibu tirinya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab di Mesir, Maghribi dan Turki.
Pada tahun 2006, Yusuf Estes selalu muncul di Peace TV, yang merupakan saluran Islam 24/7 yang disiarkan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan untuk menambahkan lagi ilmu mengenai Islam, insya Allah.


Sekian. Terima kasih.


Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat

Jimatkan kos telefon dengan iTalk







Tidak mengejutkan jika dikatakan ramai kakitangan TM tidah tahu faedah penjimatan iTalk. iTalk amat menjimatkan walaupun proses membuat panggilan cuma susah sikit dari cara biasa iaitu kena dail 1-800-87-3535 bagi fix line atau dail 1-800-87-3636 bagi pengguna mobile. Tindakan seterusnya cuma memasukkan no destinasi dan tekan "#" sahaja dan unggu panggilan dijawab. Penjimatan, InsyAllah berbaloi, cuba lah. iTalk boleh dibeli dengan harga RM10, RM30, dan RM50. Jika perlu membuat panggilan ke luar negara lagi jimat. Perlu di ingat caj iTalk melangkaui sempadan negeri. 12sen seminit adalah panggilan yang dibuat ke mana-mana sahaja dalam Malaysia...jimat kan?. Susah nak beli?, tak susah dimana-mana sahaja ada dijual. Selamat mencuba.