Sunday, March 29, 2009

Agrotek - Acara padang

Acara padang seperti memancing atas darat, memasukkan gelung dan sebagainya di adakan sebelah petang. Kegembiraan jelas kelihatan kepada hadirin lebih-lebih lagi peserta.














Agrotek - Acara di dewan


Acara dewan bermula sebaik sahaja sesi taaruf selesai di adakan. Acara dimulai dengan pertandingan nasyid diikuti dengan pertandingan Selawat. Semua ahli keluarga mengambil bahagian.



















sambutan hari Keluarga AlHidyah di Agrotek Batu 14 kajang

Beginilah suasana keindahan dan kehijauan di Agrotek Resort dan Restoran yang menjadi lokasi hari keluarga Surau AlHidyah tahun ini, 2009. Sebenarnya lokasi pilihan tahun ini sangat dekat dengan KL namun disebabkan kesibukan jamaah AlHidyah, ada yang tidak sempat mengambil peluang santai seperti bersama keluarga masing-masing di tempat yang indah ini. Selain santai beberapa program telah di atur oleh AJK AlHidyah dengan sokongan BAKIT KL yang diketuai oleh Tuan Haji Abu, telah menafaatkan peluang persama keluarga dengan program-perogram berbentuk kekeluargaan. Antara acara
menarik yang diadakan ialah program motivasi keluarga yang dikendalikan oleh pakar motivasi TM sendiri yang telah bersara Hj Hamzah Thambi. Lain-lain progeam yang menarik seperti acara membaling gelung, memancing atas darat, memancing dalam kolam, mewarna untuk kanak-kanak dan lain-lain.


Kelihatan ialah foto kolam ikan yang disediakan di
sediakan.
Bagi kaki memancing peuang seperti ini pasti tidak akan dilepaskan. Hj Abu Hasan sendiri dalam beberapa minit dapat pancing beliau dapat menangkap beberapa ekor ikan seberat 2kg.










Tuesday, February 10, 2009

Takziah

Utk makluman semua, Anak perempuan Haji Abu Hasan dan Isterinya Fatimah berusia 13 tahun telah meninggal Dunia pada hari jam 7.03am di Kelantan sbb sesak nafas dan jangka tiba di Sentul jam 5 ptg.

Utk maklumatan lanjut sila hubung TnHj Abu Hassan tel no 013-3971696

Takziah

Assalamualikum,

Pagi tadi baru dapat sms (7.03am) dari Pengerusi menyatakan anaknya, Siti Soleheh (aktif dan selalu ambil bahagian anjuran BAKIT/ Surau TM dsbnya) meninggal di Kelantan tadi akibat sesak nafas. Pihak Surau mengucapkan takziah pada Tuan Hj dan semoga Tn. Hj, tabah menghadapai ketentuan Ilahi.



Wassalam

Tuesday, February 3, 2009

Terima kasih kepada AJK

Surau AlHidayah Aras 9 TMAnnexe 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas AJK AlHidayah atas sumbangan mereka selama berkhidmat secara sukarela memakmurkan surau. Semoga segala jasa merekaakan diberi ganjaran setimpal oleh Allah. Mereka adalah:

AJK yang telah/akan berpindah :
Mohd Raif Sarjuni – ke BRF
Norsolihin Mohd Noor – ke JRC
Maznil Safri Mohd Ghazali – ke JRC
Ahmad Zamil Zainal Badri – ke KLT
Rozila Stapar@Abd Ghani - ke JRC

Wednesday, January 21, 2009

Pembahagian Surah Yaasin

Pembahagian Surah Yaasin yang berbaki dari Majlis Sambutan Maal Hijrah Bakit KL-16/1-09 ) telah disempurnakan oleh Tuan haji Abu Hassan, Pengerusi Penaja Surau AlHidayah bertempat di Surau Al-Hidayah jam 3:00 petang 20/1/09 (Selasa) yang lalu

Pembahagian telah di terima oleh En.Kawangid Sujak – 50 naskah mewakili Masjid Alawabin, Batang Berjuntai , En. Azhar Md Desa 25 naskah mewakili Surau Al-HIdayah AU 3 Keramat, dan en. Mohd Rosmi Abu Bakar 25 buah naskah mewakili Surau An-Nur Taman Pelangi, Semenyih.